Page 76 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024-25
P. 76

DASAR DAN HALA TUJU 2021 ~ 2025

 lain  yang  relevan  dengan  konteks  Malaysia  boleh  dimasukkan  apabila  dimensi  itu  dibangunkan  dan  diterima  di  peringkat
 antarabangsa.

 Ekuiti   50% pengurangan dalam jurang pencapaian  (bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020.

 Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan
 geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid
 bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

 Perpaduan   Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

 Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah. Melalui interaksi
 bersama murid  lain  daripada  pelbagai  latar  belakang  sosioekonomi,  agama  dan  etnik,  murid  belajar memahami,  menerima  dan
 menghayati  perbezaan.  Keadaan  ini  mewujudkan  suatu  perkongsian  pengalaman  dan  aspirasi  bagi  membina  masa  hadapan
 Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan
 aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

 Kecekapan   Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

 Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan
 dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa,
 Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.



 ASPIRASI MURID

 Pengetahuan  Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi
 setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am
 yangmenyeluruh  tentang  Malaysia,  Asia,  dan  dunia  dari  aspek  sejarah,  manusia,  dan  geografi.  Murid  juga  digalakkan
 mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

 Kemahiran   Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan
 Berfikir   mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu
 yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta



 Hak Cipta Terpelihara @ BBA0012 SK SUNGAI BINJAI                                  5
 1 Januari 2021
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81