Page 85 - MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH SESI 2024-25
P. 85

DASAR DAN HALA TUJU 2021 ~ 2025

            NILAI

            Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai dengan penuh tekad dan azam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
            mempastikan nila-nilai berikut diamalkan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan ;

             1.  Permudahkan urusan :  Semua warga SKSB mengamalkan sikap tolong menolong untuk memudahkan tugasan Guru Besar, Penolong Kanan,
                                         rakan guru dalam semua bidang yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan.
             2.  Bersangka baik :         Semua  warga  SKSB mengamalkan  nilai  sentiasa  bersangka  demi mewujudkan  persekitaran  dan  perhubungan  yang
                                         harmoni di kalangan warga sekolah.
             3.  Menjaga aib :            Semua warga SKSB sentiasa menjaga nama baik sekolah yang melibatkan diri sendiri, ahli keluarga, rakan guru, warga
                                         sekolah dan semua pihak yang ada kaitan dengan dirinya.
             4.  Integriti :              Semua warga SKSB mengamalkan sifat jujur, ikhlas dan tulus semasa menjalankan tugas.


            PIAGAM PELANGGAN

            Sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, dengan penuh tekad dan azam, berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
            mempastikan :

                1.  Semua murid mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3) dalam setiap mata pelajaran ;
                2.  Setiap murid menerima satu set lengkap buku teks dan kelengkapan kerusi dan meja pada awal tahun persekolahan ;
                3.  Semua aduan yang diterima secara rasmi akan disiasat dan dimaklumkan kepada pengadu dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh
                    aduan diterima
                4.  Borang pertukaran sekolah dan dokumen  peribadi murid disediakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan pertukaran
                    diterima ;
                5.  Rekod pencapaian prestasi kurikulum dan kokurikulum yang lengkap disediakan pada sesi akhir tahun persekolahan ;
                6.  Guru dan anggota kumpulan pelaksana sekolah  menerima sekurang-kurang lima (5) hari latihan dalam setahun ; dan
                7.  Kantin sekolah  memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan mendapat penarafan A dari Pejabat Kesihatan Daerah.





            Hak Cipta Terpelihara @ BBA0012 SK SUNGAI BINJAI                                                                                              10
            1 Januari 2021
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90