Page 31 - BOOKLET SKARY 2021
P. 31
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20
USUL WARIS
NAMA
BIL PENCADANG USUL (WARIS) PENYELESAIAN
1 Pn. Nurhurul Ain 1. Pdpr yang diteruskan sehingga akhir
penggal cuti persekolahan dipermudahkan.
Tidak perlu google meet. Lebih kepada
ulangkaji seperti kuiz atau mcq question
melalui google form.
2. Kelas tambahan tuisyen cuti sekolah
seperti kelas membaca bagi bakal-bakal
darjah 1 supaya memudahkan pengajaran
dan pembelajaran oleh guru-guru tahun
hadapan. Selain itu kelas tuisyen
Matematik bagi darjah 4, 5, 6.
3. Pengagihan buku teks diberikan lebih awal
sebelum sekolah dibuka supaya
murid-murid dapat belajar lebih awal atau
persiapan awal.
4. Segala program sekolah yang melibatkan
ibu bapa diharapkan pemberitahuan lebih
awal sekurang-kurangnya 2 minggu awal
supaya mudah ibu bapa mengatur cuti jika
selepas ini ada keperluan perjumpaan ibu
bapa dan guru.
5. Pemakaian uniform sekolah dikekalkan
pada hari Ahad. Hari lain murid boleh
memakai baju PK/Johor/sukan. Ini memberi
laluan kepada ibu bapa yang kurang
kemampuan untuk membeli pakaian
uniform atau anak ramai.
6. Tidak membebankan anak-anak dengan
kombinasi subjek yang berat pada jadual
pembelajaran setiap hari apabila sekolah
dibuka.
7. Kerja sekolah tidak terlalu banyak supaya
pelajar tidak stress. Sebelum ini darjah 1
terlalu banyak kerja sekolah.
8. Membuka kelab renang archery, catur,
teakwondo, ping pong yang membina
keyakinan pelajar-pelajar.
2 Pn. Alina Binti Ali 1. Untuk kesihatan anak-anak di musim covid.
2. Kurangkan harga makanan anak-anak di
musim pkp ini.
29

