Page 4 - Nota PI T3 SMKSM - Al Quran & Hadis
P. 4
MAKSUD POTONGAN AYAT AYAT ( Surah Al-Kahfi : 1-5 )
Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada
hambaNya kitab suci Al-Quran dan Dia tidak
menjadikannya sesuatu yang bengkok
Bahkan keadaannya tetap benar untuk memberi
peringatan dengan azab yang sangat dahsyat di sisi Allah
Dan memberikan berita gembira kepada orang yang
beriman yang melakukan amal-amal soleh bahawa mereka
akan mendapat balasan yang baik
Mereka tetap tinggal dalam balasan yang baik itu
selama-lamanya
Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang
yang berkata “Allah mempunyai anak”
Mereka tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, dan
tiada juga datuk nenek mereka
Besar sungguh perkataan syirik yang keluar daripada
mulut mereka, mereka hanya mengatakan perkara
yang dusta
Sila imbas Kod QR
PRISMA ILMU :
Sila hafaz ayat secara latih tubi dengan betul &
Tanda huruf س kecil yang terletak pada bertajwid
Sila amalkan ayat ini dalam solat dan zikir secara
perkataan ialah tanda saktah : beradab dan istiqamah
Hukum saktah ialah memberhentikan
suara dalam kadar dua harkat tanpa
mengambil nafas yang baru untuk Sila buat
menyambung bacaan ayat berikutnya aktiviti
di muka
surat 8
3

