Page 6 - Nota PI T1 SMKSM - Al Quran & Hadis
P. 6
TERJEMAHAN AYAT
255. Allah, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup lagi Kekal Selama-
Lamanya mentadbir ( sekalian makhluk ). Yang Tidak Mengantuk dan Tidak Tidur. Dia Memiliki segala yang
ada di langit dan di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberikan syafaat ( pertolongan ) di sisi-Nya
melainkan dengan izin-Nya. Yang Mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan belakang mereka, sedang
mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun daripada ( kandungan ) ilmu Allah melainkan apa-apa yang Allah
kehendaki ( memberitahu kepada mereka ). Luasnya Kursi Allah ( Ilmu dan Kekuasaan-Nya ) meliputi langit
dan bumi. Dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua-duanya. Dan
Dialah Yang Maha Tinggi ( Darjat Kemuliaan-Nya ), Lagi Maha Besar ( Kekuasaan-Nya ).
256. Tidak ada paksaan dalam agama ( Islam ), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran ( Islam )
daripada kesesatan ( kufur ). Oleh itu, sesiapa yang tidak mempercayai taghut, dan dia pula beriman kepada
Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang pada simpulan ( tali agama ) yang teguh yang tidak akan
putus. Dan ingatlah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
257. Allah pelindung ( Yang Mengawal dan Menolong ) orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka
daripada kegelapan ( kufur ) kepada cahaya ( iman ). Dan orang kafir, penolong mereka ialah taghut yang
mnegeluarkan mereka daripada cahaya ( iman ) kepada kegelapan ( kufur ). Mereka itulah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya.
Intisari Ayat 255 - 257
Allah menguasai dan mentadbir Maha Suci Allah daripada Ilmu Allah SWT meliputi
alam mengikut kehendak dan sifat kekurangan seperti segala makhluk ciptaan-
kebijaksanaan-Nya mengantuk dan tidur Nya
Allah Maha Berkuasa & Maha Allah SWT memimpin Syaitan memimpin orang
Agung, tidak memerlukan orang yang beriman dari-
bantuan sesiapa untuk pada kekufuran kepada kafir kepada kekufuran
dan kejahilan
mentadbir alam keimanan
Sila imbas Kod QR Kunci ILMU :
Sila hafaz ayat secara latih tubi dengan betul & Ketika Abu Hurairah r.a menangkap syaitan yang mencuri
bertajwid harta zakat, syaitan berkata :
Sila bincangkan intisari ayat
Sila amalkan ayat kursi sebagai amalan harian
dan zikir “Apabila kamu berada di tempat tidur bacalah ayat kursi,
kamu akan sentiasa mendapat penjagaan daripada Allah SWT
dan syaitan tidak akan menghampiri kamu hingga ke pagi.
Setelah mendengar cerita Abu Hurairah, Rasulullah saw
bersabda : “Dia bercakap benar dengan kamu sedangkan dia
seorang pendusta. Itulah Syaitan.”
[4]

