Page 20 - Nota PI T2 SMKSM - Bidang Sirah
P. 20
Nota PI TG 2 / Bidang Sirah
Saidatina Fatimah r.a Ratu Syurga
Riwayat Hidup
Nama Sebenar Fatimah Bte Muhammad saw
Gelaran Az-Zahra’ ( Putih berseri-seri )
Perkahwinan Berkahwin dengan Saidina Ali Bin Abi Talib r.a dan dikurniakan empat orang cahaya
mata iaitu : Hassan, Hussin, Zainab dan Ummu Kulthum
Kedudukan Puteri bongsu Rasulullah saw dan Saidatina Khadijah r.a
Dalam Keluarga
Keislaman Kanak-kanak perempuan yang pertama menerima Islam
Kewafatan Usia 28 tahun, enam bulan selepas kewafatan Rasulullah saw
Sifat Utama Saidatina Fatimah r.a
Kasih & Taat kepada ayahanda Redha & Tabah
Mengurus makan dan minum ayahandanya selepas Redha dengan dugaan yang dihadapi oleh
kematian ibunya, sehingga beliau digelar “Ummu ayahandanya dan tabah menghadapi kehidupan
Abiha” ( ibu kepada ayahnya ). Beliau juga sering yang serba kekurangan.
menyokong usaha dakwah ayah dan suaminya.
Spektrum ILMU :
Pada suatu ketika Saidina Ali r.a meminta Fatimah r.a berjumpa Rasulullah saw untuk
mendapatkan pembantu rumah, nasihat Baginda saw : “Inginkah kamu berdua aku
tunjukkan perkara yang lebih baik daripada pembantu rumah?”. Maka sebelum tidur,
bacalah “Allahu Akbar, Subhanallah dan Alhamdulillah sebanyak 33 kali”.
Spektrum ILMU :
Saidatina Fatimah r.a sangat cakna terhadap ayahandanya. Pada suatu hari ketika Rasulullah
saw sedang sujud menunaikan solat di Kaabah, orang Musyrikin telah meletakkan uri unta di
atas badan Baginda. Lalu Fatimah segera membersihkan Baginda daripada kotoran tersebut.
[82]

