Page 11 - DASAR KURIKULUM
P. 11

15.0 .  PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

                      15.1     Penyataan Ketetapan

                         1.  Setiap  guru  akan  dicerap  dua  kali  setahun  menggunakan  instrumen  Standard  4
                             SKPMg2 kecuali guru yang perlu diberi pencerapan susulan.
                         2.  Jawatankuasa  Penyeliaan  dan  Pemantauan  hendaklah  menyediakan  jadual
                             pencerapan melibatkan barisan pentadbir, ketua panitia, GC dan rakan sejawat.
                         3.  Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi bimbingan secara
                             individu untuk penambahbaikkan.
                         4.  Pengurusan panitia  dan program/dokumen berkaitan perlu dipantau oleh pentadbir
                             dari semasa ke semasa.
                         5.  Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul , buku latihan dan hasil
                             kerja    murid    ditetapkan  oleh  Jawatankuasa  dan  rekod  penyeliaan  hendaklah
                             dilengkapkan.
                         6.  Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan  perlu membuat laporan lengkap  pada
                             pertengahan  dan  akhir  tahun  untuk  dibincangkan  dalam  Mesyuarat  kurikulum
                             Sekolah dan mesyuarat panitia untuk tindakan  penambahbaikan .


               16.0      PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF

                  16.1   Penyataan Ketetapan

                   1.  Semua  guru  ataupun  staf  sokongan  digalakkan  berusaha  sentiasa  memajukan  dan
                      meningkatkan profesionalisme bagi memupuk budaya kerja cemerlang .
                   2.  Semua  guru  yang  menghadiri  kursus-kursus  yang  dianjurkan  oleh  bahagian-bahagian  KPM
                      perlu  menyediakan  minit  curai  untuk  tindakan  seterusnya.  Guru  yang  telah  menghadiri
                      kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau sekurang-kurangnya memberi taklimat
                      mengikut keperluan.
                   3.  GKMP/  Ketua  Panitia  hendaklah  memastikan  guru  yang  mengajar  mata  pelajaran  bukan
                      opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan.
                   4.  Semua  guru  hendaklah  menghadiri  7  hari  latihan  dalam  perkhidmatan  (LADAP)  dalam
                      setahun.































                                                                                                       10
   6   7   8   9   10   11