Page 18 - Nota PI T5 SMKSM - Ibadah
P. 18
64 Nota PI TG5 / Ibadah
26 Perkahwinan ialah akad yang menggunakan lafaz nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan
melakukan persetubuhan.
27 Hukum perkahwinan bagi lelaki yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri
ialah makruh ( SPM 2018 )
28 Ibrahim berhasrat untuk berkahwin secepat mungkin. Beliau bimbang dirinya akan terjerumus melakukan
zina. Hukum berkahwin bagi Ibrahim ialah wajib
29 Perkahwinan dapat menjauhkan diri daripada maksiat terutama jenayah zina.
30 Allah S.W.T memberi jaminan bahawa orang yang berkahwin akan dikurniakan rezeki .
31 Di antara asas kebahagiaan rumahtangga ialah kasih sayang dan kasihan belas.
32 Ciri utama dalam memilih calon isteri ialah wanita yang beragama / solehah.
33 Seorang wanita itu haram dinikahi selamanya atas sebab nasab, susuan dan semendaan.
34 Rumahtangga yang dibina atas asas agama / takwa dapat menjamin kebahagiaan hidup sepanjang hayat.
35 Dalam tempoh bertunang, hubungan pasangan tersebut masih dianggap ajnabi ( asing )
36 Bakal suami disunatkan melihat bakal isteri tetapi terhad kepada muka dan tapak tangan.
37 Peminangan boleh dilakukan dengan lafaz soreh atau kinayah.
38 Wali bukan keturunan dipanggil wali hakim.
39 Wali aqrab ialah orang yang hampir dengan perempuan termasuk bapa dan datuk.
40 Orang yang berhak menikahkan seorang perempuan tanpa izinnya dipanggil wali mujbir.
41 Lafaz ijab dan kabul perkahwinan hendaklah difahami oleh wali, bakal suami dan dua orang saksi .
42 Kabul hendaklah dilafazkan oleh suami atau wakil suami .
43 Ijab dan kabul tidak boleh diselangi oleh diam yang lama atau perkataan yang tidak berkaitan.
44 Mahar hendaklah barang yang bernilai mengikut persetujuan kedua belah pihak.
’
A
‘ 45 Di antara hikmah disyariatkan mahar ialah untuk memulia dan mengiktiraf kedudukan kaum wanita.
n
a 46 Walimatul urus ialah kenduri / jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan.
w
a
T 47 Hukum mengadakan walimatul urus ialah sunat muakkad .
h
u
y 48 Menghadiri walimatul urus adalah wajib jika tiada keuzuran syarie
A

