Page 3 - Nota PI T5 SMKSM - Ibadah
P. 3

Nota PI TG5 / Ibadah  49


               Hari : ……………………………….                                             Tarikh : ………………….........
               TAJUK 12 : PERKAHWINAN DALAM ISLAM

               Konsep Perkahwinan Dalam Islam

                     Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan pasangan dan teman hidup.
                     Mereka memerlukan keluarga untuk mendapatkan zuriat serta meneruskan kelangsungan hidup
                       sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi
                     Orang yang berkahwin WAJIB mengatur kehidupan berkeluarga dan memikul tanggungjawab
                       dalam rumahtangganya.
                     Lelaki sebagai suami dan bapa berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Isteri
                       juga berkewajipan membantu suami mendidik anak-anak dan mengurus rumahtangga


                          Bahasa                      Maksud                            Istilah Syarak
                                                    Perkahwinan              Akad yang menggunakan lafaz nikah atau
                     Cantum atau himpun
                                                                             bahasa2 lain yang memberi makna nikah,
                                                                             yang menghalalkan persetubuhan antara
                                                                                     lelaki dan perempuan

               Hukum Perkahwinan : SUNAT kerana diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Namun, para ulama’ telah

               menetapkan hukum berubah-ubah mengikut keadaan individu

                     Hukum                                          Keterangan

                      Harus       Apabila tiada tuntutan yang mendesak untuk berkahwin dan tidak ada perkara yang
                                  mengharamkan berkahwin

                                  Orang yang berkemampuan zahir & batin, sihat tubuh badan serta dikhuatiri terjerumus
                      Wajib       kepada zina kerana tidak dapat mengawal hawa nafsu



                      Sunat       Orang yang berkemampuan zahir & batin, sihat tubuh badan tetap tidak dikhuatiri
                                  terjerumus kepada zina kerana  dapat mengawal hawa nafsunya



                     Makruh       Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri


                                  Orang yang tidak berkemampuan menunaikan nafkah zahir & batin, atau diyakini akan      ’
                      Haram       melakukan kezaliman terhadap pasangannya                                            A  ‘
                                                                                                                         n
                                                                                                                      a
                                                                                                                      w
                                                                                                                      a
                       Antara Asas Kebahagiaan
                                                                                                                      T
                         Mawaddah Wa Rahmah             Anda wajib membuat persediaan yang cukup dalam pelbagai         h
                           ( kasih sayang dan belas     bidang spt : ilmu, akhlak, fizikal, mental dan ekonomi sebelum   u
                           kasihan )                                                                                  y
                                                                  melangkah ke gerbang perkahwinan                    A
                         Al-Mu’asyarah Bil Makruf
                           ( pergaulan yang baik )
   1   2   3   4   5   6   7   8