Page 45 - Nota PI T5 SMKSM - Ibadah
P. 45
Nota PI TG5 / Ibadah 91
Proses Pelaksanaan Li’an :
1. Suami bersumpah di hadapan hakim dengan lafaz ”Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa
tuduhan zina terhadap isteri ku adalah benar”. Suami hendaklah mengulang lafaz ini
sebanyak empat kali berturut-turut
2. Jika suami hendak menafikan keturunan anaknya, suami hendaklah menambah pada keempat-
empat sumpah li’an itu dengan lafaz ”Sesungguhnya anak yang dilahirkan oleh isteri ku bukan
daripadaku”. Pada sumpah yang ke lima , suami bersumpah dengan lafaz ”Sesungguhnya laknat
Allah akan menimpa diriku jika aku berdusta dalam membuat tuduhan zina terhadap isteriku”.
3. Isteri bersumpah di hadapan hakim dengan lafaz ”Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa
tuduhan zina yang dibuat oleh suami ku terhadap diriku adalah dusta”. Isteri hendaklah
mengulang lafaz ini sebanyak empat kali berturut-turut. Pada kali yang ke lima, isteri
bersumpah dengan lafaz ”Sesungguhnya laknat Allah akan menimpa diriku jika tuduhan suami
ku benar”
Implikasi / Kesan Li’an Terhadap Suami Isteri
Suami isteri terpisah selepas sumpah li’an
Suami yang membuat tuduhan terlepas daripada hukuman qazaf
Suami tidak boleh lagi berkahwin dengan isterinya itu selama-lamanya
Isteri akan dikenakan had zina jika dia tidak menafikan tuduhan dengan sumpah li’an
Anak yang dinafikan dengan sumpah li’an akan ternafi nasabnya daripada suami yang bersumpah
Isteri berhak menuntut nafkah anak jika suami tidak menafikan nasabnya
Hikmah Li’an ’ A
‘
Memberi peluang kpd suami Suami dapat mempertahankan n a
mencari jalan penyelesaian kesucian nasabnya daripada w
secara adil dan diredhai Allah dicemari oleh isterinya yang a T
Isteri dapat menjaga melakukan zina h
maruahnya daripada tercemar u y
dgn bersumpah li’an di A
hadapan orang ramai

