Page 5 - Nota PI T3 SMKSM - Bidang Sirah
P. 5

Nota PI TG 3 / Bidang Sirah

        Hari : ……………………………….........                              Tarikh : …………………..............

        UNIT 2 : Pembukaan Kota Mekah

        Peristiwa Pembukaan Kota Mekah :

              Kabilah  Bani  Bakar  dan  Kabilah  Bani  Khuza’ah  telah  lama  bermusuhan  sejak  zaman
               Jahiliyah lagi.
              Kabilah  Bani  Khuza’ah  (menyokong  Rasulullah  s.a.w),  manakala  Kabilah  Bani  Bakar
               (menyokong Musyrikin Mekah).
              Berdasarkan Perjanjian Hudaibiyah, kedua-dua kabilah ini tidak boleh berperang selama 10
               tahun.
              Pada  suatu  malam,  Bulan  Syaaban  Tahun  8  Hijrah,  Naufal    Bin  Muawiyah  mengetuai
               sekumpulan  daripada  Kabilah  Bani  Bakar  dan  Musyrikin  Mekah  telah  menyerang  Bani
               Khuza’ah yang sedang berada di Al-Watir. Beberapa orang daripada Kabilah Bani Khuza’ah
               telah dibunuh.
              Amru bin Salim Al-Khuza’ie segera menuju ke Madinah untuk memaklumkan kejadian itu
               kepada Rasulullah saw.
              Rasulullah saw marah kerana Musyrikin Mekah telah melanggar isi perjanjian Hudaibiyah
               lantas merancang strategi untuk membuka Kota Mekah.
              Peristiwa  yang  membawa  kepada  Pembukaan  Kota  Mekah  ini  berlaku  pada  bulan
               Ramadhan tahun ke-8 Hijrah


                                                         PRISMA ILMU :


              PRISMA ILMU :

                                                         Allah  SWT  menggunakan  perkataan  ‘al-
              Musyrikin  Mekah  turut  menyalurkan       fathu’  yang bermaksud pembukaan kerana
              bantuan  tenaga  dan  senjata  kepada  Bani   pembukaan  memberi  banyak  kebaikan
              Bakar  untuk  menyerang  Bani  Khuza’ah.    seperti  semakin  banyak  orang  yang

              Mereka  menyangka  penglibatan  mereka     beriman dan saling berkumpul.
              tidak  akan  diketahui  oleh  sesiapa  kerana   Orang beriman dan orang kafir juga bebas
              berlaku pada waktu malam.                  berbincang sehingga tersebar amalan yang

                                                         bermanfaat












                                                   [83]
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10