Page 35 - Nota PT T5/SMKSM - Tamadun Islam
P. 35
142 Nota PI TG5 / Tamadun Islam
Pendidikan Ibnu Khaldun
Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa arab daripadanya bapanya Abd Rahman bin
Muhammad. Beliau hafal Al-Quran sejak kecil
Beliau mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifayah spt : mantiq, falsafah, Sains dan matematik dari
gurunya Muhammad bin Ibrahim Al-Abili
Mendapat pendidikan tinggi dari beberapa orang guru yang terkenal seperti : Ahmad bin Al-
Qasar dan Lisanuddin bin Al-Khatib ( Pengarang Kitab Sejarah Granada, Spain )
Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang
i. Merupakan penganalisis tamadun dari segi permulaan dan faktor-faktor kegemilangan dan
kejatuhannya
ii. Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam sekitar
dan geografi
iii. Banyak menabur jasa kepada negara dengan menyandang jawatan penting spt : Pegawai
Jabatan Setiausaha Negara di Istana Sultan Abu Ishak bin Abi Yahya.
iv. Menjadi setiausaha sulit Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hassan
v. Menjadi Perdana Menteri di Bejaia ( Bougie ) , di Algeria dan Ketua Hakim Negara di Mesir
vi. Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab
Sumbangan Ibnu Khaldun Dalam Bidang Ilmu Dan Pemikiran Islam
1. Beliau berjaya menganalisis aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik dan pendidikan dalam
karyanya
2. Memberi idea dan panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah
tamadun
3. Merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah,
politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan
4. Pemikiran beliau sering dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel dan persidangan ilmiah
’
A serta judul-judul buku dan tesis di peringkat pengajian tinggi
‘
n 5. Menghasilkan buku-buku yang sungguh bermutu antaranya Mukadimah Ibnu Khaldun
a
w 6. Di Universiti Amerika, Washington sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena
a
T nama beliau iaitu “Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies“
h
u 7. Di Jakarta, Indonesia nama beliau telah diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka iaitu
y
A
Universiti Ibnu Khaldun

