Page 11 - Nota PI T2 SMKSM - Bidang Fekah
P. 11
Nota PI TG 2 / Bidang Fekah
Hari : ………………………………...... Tarikh : ………………….............
TAJUK 16 : TAYAMMUM DENGAN DEBU SUCI
Maksud Tayammum
Bahasa : Melakukan sesuatu dengan tujuan
Istilah : Menyapu debu tanah yang suci ke muka dan dua tangan dengan cara tertentu
berserta niat bagi menggantikan wuduk atau mandi wajib
Firman Allah SWT :
…
Maksud : …. Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam perjalanan, atau salah
seorang daripada kamu datang dari tempat buang air , atau kamu menyentuh perempuan ,
sedang kamu tidak mendapat air (untuk wuduk dan mandi), hendaklah kamu bertayamum
dengan tanah (debu)yang bersih,sapulah muka kamu dan kedua-dua belah tangan kamu
dengan tanah (debu)….
Tiada air atau tidak cukup kerana keperluan lain seperti untuk dimakan dan
diminum
Sebab Sejuk yang boleh memudaratkan kesihatan
Diharuskan
Tayammum
Tidak dapat menggunakan air kerana penyakit atau sakit seperti melecur
dan lain-lain
Air berada di tempat yang terlalu jauh
[41]

