Page 33 - Nota PI T2 SMKSM - Bidang Fekah
P. 33

Nota PI TG 2 / Bidang Fekah

                                  Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Rawatib


           Bilangan Rakaat : dua rakaat dengan satu salam atau empat rakaat dengan dua salam



           Waktu : sebelum solat fardhu ( qabliyah ) atau selepas solat fardhu ( ba’diyah )


           Bersendirian / berjemaah  : bersendirian



           Bacaan selepas al-fatihah  : Rasulullah saw membaca surah al-kafirun ( rakaat pertama ) dan al-
           ikhlas ( rakaat kedua ) dalam solat rawatib subuh dan isyak . Dalam solat yang lain tidak ditentukan

           surahnya


                                  Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Tarawih


           Bilangan Rakaat : 20 rakaat tetapi boleh dilaksanakan dengan lapan rakaat mengikut
           kemampuan

           Waktu : di antara solat Isyak dan subuh , sebelum solat witir pada malam malam ramadhan


           Bersendirian / berjemaah  : dilakukan bersendirian tetapi berjemaah lebih afdhal



           Bacaan selepas al-fatihah  : Tidak ditentukan bacaan surah. Sebaik-baiknya imam cuba
           mengkhatamkan bacaan al-quran dalam masa sebulan


                                    Kaifiat Menunaikan Solat Sunat Witir


           Bilangan Rakaat : dalam bilangan ganjil , iaitu tiga rakaat ( 2 salam ) hingga 11 rakaat ( 6 salam )
           Makruh dilaksanakan satu rakaat

           Waktu : setiap malam selepas solat Isyak dan solat-solat sunat yang lain sebelum terbit fajar

           (subuh). Sunat dilakukan pada akhir malam

           Bersendirian / berjemaah  : bersendirian ( jika ingin bangun malam ) atau berjemaah ( jika solat

           terawih bersama dengan imam )


                                                   [63]
   28   29   30   31   32   33   34