Page 7 - GEOGRAFI MANUSIA:
P. 7
❑ Komputer • Alat telekomunikasi yang lengkap dengan
perisian untuk kerja-kerja sepertimengubah,
menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat dan mendapatkan
maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
• Kewujudan jaringan internet dengan perisian
komputer seperti pelayar laman web Google
Chrome, Mozilla dan Internet Explorer yang
berperanan besar dalam teknologimaklumat
dan komunikasi (ICT)
❑ Koridor Raya Multimedia • Perkembangan ICT telah mendorong
penubuhan MSC yang berpusat di Cyberjaya.
• MSC bertujuan menarik syarikat-syarikat
berteknologi tinggi dengan menawarkan
pengecualian cukai serta kemudahan-
kemudahan lain untuk memajukan industri ICT
tempatan.

