Page 76 - LAPORAN KMR-PBL TS25 SMK TUNKU SERI INDERA PUTERA MODUL 6
P. 76

Pendidikan hari ini diolah untuk mendepani semua kehendak masa depan bagi menyediakan warga negara yang mampu

                 bersaing samada di peringkat glokal dan global. Justeru itu PdPc , MMI, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS), PAK 21

                 dan program- program yang diaturkan oleh PPD, JPNT dan KPM akan terus diberi penekanan dan keutamaan.



                 Guru-guru perlu memberi masa dan kesempatan yang lebih untuk bersemuka dengan murid masing-masing. Apatah lagi
                 sekolah kita terlibat dengan Program Transformasi Sekolah (TS 25 ) kohort 6 yang memerlukan banyak perubahan dalam

                 amalan pendidikan.           Memang tidak dapat dinafikan bahawa perubahan–perubahan ini sedikit menganggu keselesaan dan
                 kebiasaan kita, namun kesediaan kita menghayati dan berinteraksi dengan perubahan ini secara professional akan

                 membuahkan hasil yang kita mahukan.



                 Alhamdulillah, segala puji dan rasa penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, Program
                 Transformasi Sekolah 2025 (TS25) kohort 6 dapat direalisasikan dengan penuh jayanya. Program TS25 yang bermatlamat

                 untuk memantapkan kepimpinan sekolah,memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran

                 dan pembelajaran serta mengukuhkan pelibatan guru dan pelajar demi kejayaan pelajar dalam matapelajaran sains,
                 matematik dan bahasa inggeris.



                 Akhir kata, syabas diucapkan kepada semua yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan pelaksanaan program TS25 ini

                 iaitu Cikgu Marfariza, Cikgu Khadijah, Cikgu Zuri Aznida dan Cikgu Ahmad serta rakan elit sekolah dari PPD Kubang Pasu Pn
                 Rozita . Semoga jasa baik anda akan mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa dan mencapai matlamat pendidikan.








     TS25 : PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA
   71   72   73   74   75   76   77