Page 179 - Buku Teks Sejarah Tahun 5
P. 179
IMBAS
KEMBALI
Bunga Raya
Istimewanya Bunga Raya Merah Membara
Bunga raya merah dipilih kerana: Warna merah pada bunga
• Warna dan bentuknya yang raya membawa maksud:
menyerlah. • Warganegara cemerlang.
• Nama yang seragam di seluruh • Keberanian.
negara. • Semangat waja.
• Mudah didapati di seluruh negara.
• Berbunga sepanjang tahun.
• Belum menjadi bunga
kebangsaan untuk negara lain
pada ketika itu.
Megahnya Lambang
Bunga Raya
Sebagai identiti negara, nama
dan gambar bunga raya
digunakan dalam urusan
rasmi dan tidak rasmi.
Bunga Raya dan Rukun Negara
Lima kelopak bunga raya melambangkan lima prinsip Rukun Negara:
• Kepercayaan kepada Tuhan.
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
• Keluhuran Perlembagaan.
• Kedaulatan Undang-undang.
• Kesopanan dan Kesusilaan.
Unit ini memberikan pemahaman tentang bunga raya sebagai satu
daripada identiti negara tercinta. Pengetahuan ini dapat menanamkan
rasa hormat dan cinta akan negara dalam diri rakyat Malaysia. Saiz sebenar
173

