Page 72 - Buku Teks Sejarah Tahun 5
P. 72

Mat Salleh
                    Nama sebenar Mat Salleh ialah Datu Paduka Mohammad Salleh
                    bin Datu Balu atau digelar sebagai Mat Salleh. Beliau dilahirkan
                    di Inanam, Sabah. Beliau berketurunan Bajau dan Suluk.

                     Sebab Penentangan

                    ◆  Mat Salleh menentang SBUB kerana tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai
                        pemerintah di Sandakan, Menggatal, Inanam dan Pulau Gaya.
                    ◆  SBUB mengambil alih hak memungut cukai dan mengadakan peraturan baharu
                        yang membebankan rakyat.

                      Peristiwa Penentangan

                    ◆  Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya.
                    ◆   Mat Salleh mendirikan kubu lebih kukuh di Tambunan setelah kubunya di Ranau
                        dimusnahkan oleh SBUB.
                    ◆   Pada tahun 1900, SBUB melancarkan serangan besar-besaran dan menyebabkan
                        Mat Salleh terkorban.
                    ◆   Perjuangan Mat Salleh diteruskan oleh Mat Sator yang berpusat di Kampung
                        Kapayan Lama, Tambunan.


                    Petunjuk:                                           U
                                  Kawasan penentangan
                                  Mat Salleh


                         LAUT
                         CHINA                       Terusan
                         SELATAN
                             Pulau
                             Gaya
                                  Inanam
                                Kota Kinabalu  Ranau
                                                          Sandakan
                                    Tambunan

                                           SABAH
                                                                                Memorial Datu Paduka
                                                             Lahad Datu
                                                                                Mat Salleh di Tambunan.
                   BRUNEI
                   DARUSSALAM                                                   (Sumber: Koleksi peribadi
                                                                                Hasfalila binti Hassan)
                                                       Tawau
                    SARAWAK


                    Peta kawasan berlakunya penentangan Mat Salleh
                    di Sabah.


                        Apakah kepentingan menghargai perjuangan
             S aiz sebenar
             Saiz sebenar
                        pemimpin terdahulu?
                                                                                                  7.2.1, 7.2.2
                   66
                   66                                                                                 7.2.3
                                                                                                     K7.2.5
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77