Page 12 - Buku Teks Geografi T5_Neat
P. 12

1.1        Graf Bar Berganda, Graf Garisan Berganda dan Carta Pai






               Graf ialah satu persembahan  lakaran grafik bagi menunjukkan nilai data atau maklumat yang
               menarik, jelas dan tepat.  Terdapat dua jenis graf iaitu graf bar dan graf garisan. Dalam bab ini kita
               akan mempelajari graf bar berganda dan graf garisan berganda.


                 Graf Bar Berganda

               Graf bar berganda merupakan graf yang mempunyai dua atau lebih bar yang berlainan maklumat
               bagi menunjukkan perbandingan nilai sesuatu data.

                                                                                      Tajuk
                                        Jumlah Pengeluaran Ternakan di Negara X
                                              antara Tahun 2018 hingga 2020
                                Pengeluaran
                              ('000 tan metrik)                                         Petunjuk


                Paksi menegak                                            Petunjuk
                                 900
                                                                            Lembu
                                 800                                        Ayam

                                 700
                                 600

                                 500
                                 400                                          Bar
                                 300

                                 200
                                                                                          Skala
                                 100
                                   0                                             Tahun
                                           2018       2019         2020
                      Paksi mendatar
                                                                    Skala: 1 cm mewakili 100 000 tan metrik
                                                 Rajah 1.1: Ciri-ciri graf bar berganda

                                                                              Info
                  Ciri-ciri Graf Bar Berganda                                 Info
                •  Tajuk: Menjelaskan maklumat yang hendak disampaikan       Geogra
                •  Skala: Menentukan skala yang bersesuaian               Ciri-ciri graf bar berganda ialah:
                •  Paksi menegak: Satu garisan yang dilukis secara menegak  • Terdiri daripada sekurang-kurangnya
                                                                           2 bar.
                •  Paksi mendatar: Satu garisan yang dilukis secara mendatar   • Tiap-tiap bar mewakili satu set data
                  atau melintang                                           yang tertentu.
                •  Petunjuk: Paparan maklumat yang diwakili oleh setiap bar  • Memudahkan perbandingan.
                •  Bar: Ketinggian bar menunjukkan kuantiti atau nilai    • Petunjuk yang jelas diperlukan.

           4 4
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17