Page 3 - Kemahiran membaca
P. 3

PENGENALAN














                          Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran



                  bahasa  yang  pentig  dalam  proses  Pengajaran  dan  pembelajaran.  Kemahiran




                  membaca  juga  adalah  kesinambungan  kepada  kemahrian  asas  lain  seperti



                  kemahiran mendengar dan  bertutur. Membaca adalah proses kebalikan kepada




                  proses menulis.Berdasarkan buku Pedagogi Bahasa yang ditulis oleh Kamarudin



                  Hj. Husin, mengikut fahaman dahulu membaca ialah semata-mata memindahkan




                  tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan



                  lancar  adalah  dianggap  pandai  membaca  walaupun  isi  bacaan  itu  tidak



                  difahaminya.  Oleh  itu,  pelajaran  membaca  sentiasa  dijalankan  dengan  cara




                  membaca  kuat  dan  perhatian  ditumpukan  semata-mata  kepada  suara,



                  kelancaran dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan




                  kerana murid itu membaca bahasanya sendiri dan daripada itu difikirkan tentu



                  mengerti apa yang dituturkannya.




                                      Mengikut  kefahaman  sekarang,  membaca  itu  bukanlah  bermakna



                  memindahkan  tulisan  kepada  suara  sahaja  bahkan  menangkap  makna  dan



                  memahami  apa  yang  dibaca.  Seseorang  murid  yang  boleh  memindahkan  tulisan




                  kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang



                  disuarakan  maka  murid  itu  tidaklah  dikategorikan  sebagai  pandai  membaca.




                  Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran



                  membaca.




                           Dalam hal yang demikian , boleh didefinisikan bahawa membaca ialah



                  menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan




                  kandungannya.  Mengajar  membaca  bererti  mengajar  murid-murid  memindahkan



                  tulisan  kepada  suara  serta  melatih  mereka  memahami  apa  yang  terkandung




                  dalam bacaan itu.
   1   2   3   4   5   6   7   8