Page 4 - PENGENDALIAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN
P. 4

Situasi mangsa kebakaran








            Salah satu punca kematian akibat kebakaran ialah melecur yang teruk.


            Berdasarkan statistik, hanya satu perempat mangsa mati akibat melecur. Manakala

                selebihnya mati kerana terhidu gas-gas merbahaya yang tekandung di dalam asap

                atau pun disebabkan kekurangan oksigen.


            Apabila kebakaran berlaku, api akan merebak dengan cepat dan menjadikan rumah

                tidak selamat.



            Pada keadaan biasa, kandungan oksigen dalam udara adalah 27%.


            Sekiranya kandungan oksigen jatuh dibawah paras 17%, seseorang akan mengalami

                kesukaran untuk berfikir secara waras dan tidak dapat mengawal pergerakan otot-otot.

                Fikiran yang bercelaru akan menyukarkan tindakan untuk menyelamatkan diri dari api.


            Apabila kandungan oksigen di persekitaran jatuh di antara paras 10% hingga 12%,

                seseorang itu akan pengsan.


            Selepas 4 hingga 6 minit tanpa oksigen, mangsa akan mengalami kematian otak dan


                seterusnya menyebabkan maut.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9