Page 43 - Anjung Sentosa Edisi ke-19
P. 43
Ilmu dan sahabat
Sejak kecil , ibu bapalah yang mendidikku
Menjadi guru mengajarkan aku
Apa itu huruf dan nombor.
Semakin aku meningkat dewasa
Tanggungjawab mendidik kini digalas
Oleh insan bergepar " guru "
Guru , insan yang sering mendiam marah
Terus bersabar dalam mendidik
Diberi sayang , seakan anak kandung.
17 tahun berlalu sudah
Pelbagai memori tercatat indah
Pahit manis ditelan bersama
Nasihat diberi tak terkira berapa.
Sedang hati terasa sebak meniti hari
Akal fikiran aktif memikirkan fasa seterusnya.
Bahagianya nanti melanjutkan pelajaran
Jasa orang tua dan guru
Tidak sabar ingin ku balas.
Sedar tidak sedar ,
Perpisahan sudah menghampiri kita.
Suatu saat nanti , kita semua akan berpisah
Terbang , mengejar mimpi indah.
Buat para guru yang telah berusaha
Menjadi guru terbaik buat kami
Menjadi penasihat tingkah laku kami
Membentuk kami , menjadi insan berguna.
Terima kasih untuk segalanya.
Maafkanlah kami , atas setiap gurisan dihati mu
Nakalnya kami , degilnya kami
Pasti , sudah melukai hatimu.
Maafkanlah kami , halalkanlah semuanya.
Dan buat para sahabat yang setia menemani
Disaat aku hampir berputusa asa mengejar impian.
Terima kasih atas semangat yang kau salurkan.
Terima kasih , kerna telah mewarnai zaman persekolahan ku.
Semoga yang terbaik saja buat kita semua.
Dan semoga , talian yang dibina antara kita
Tidak ikut berakhir disini.
Nur Fadzlina bt Mukhtar

