Page 4 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 4

MANUAL PENGURUSAN SMKSPK 2021

                                       BICARA PENGETUA SMK SUNGAI PASIR KECHIL



                                    DENGAN NAMA ALLAH SWT  YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYANYANG.
                                    SEGALA PUJI BAGI ALLAH,TUHAN SELURUH ALAM .SEMBAH DAN SALAM PADA
                                    NABI MUHAMMAD S.A.W




               Assalamualaikum  warahmatullahi wabaratuh dan selamat sejahtera

               Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya kita dapat bertemu lagi pada sesi
               persekolahan  tahun  2021.Semoga  dengan  kehadiran  tahun  baharu  ini  akan  meningkatkan  lagi
               azam,semangat,  integriti  dan  usaha  bagi  meneruskan  “VISI  dan  MISI”  kita  sebagai  guru  dan
               penjawat  awam  di  SMKSPK  ini.Jadilah   insan    berketerampilan  ,berkualiti  dan  beriltizam  dalam
               memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi merealisasikan aspirasi negara.
               Sistem pendidikan negara kini berada dalam gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan
               Malaysia  (PPPM).Kementerian  Pendidikan  Malaysia  sentiasa  berusaha  untuk  mengangkat
               kehendak  negara  yang  mahukan  tahap  pendidikan  kita  setanding    dengan  negara-negara  maju
               dunia.Oleh itu landskap pendidikan perlu diatur semula supaya berada pada landasan yang betul
               ke arah merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang diterjemahkan melalui Pelan
               Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 .

               Kayu  ukur  kita  selepas  itu  ialah  kemenjadian  murid  tatkala  mereka  meninggalkan  alam
               persekolahan.  Murid  –murid    yang  kita  lahirkan  ini  sepatutnya  mendapat  pengetahuan  ,tercerna
               identiti  nasionalnya  ,mempunyai  nilai  bukan  hanya  sekadar  memberikan  ilmu  pengetahuan  dan
               didikan  kepada  anak  didik  kita  tetapi  yang  lebih  penting  adalah  untuk  mengangkat  maruah  dan
               harga diri mereka.

               Sehubungan  dengan  itu,saya  menyeru  semua  guru  dan  staf  sokongan  agar  membentuk  satu
               pasukan  kerja  yang  mantap  dan  unggul,  bergerak  sederap  untuk    mara  ke  hadapan  serta
               menjunjung  semangat  muafakat  dalam  merealisasikan  semua  program  dan  tugasan  yang
               dirancang  ke  arah  mencapai  visi  dan  misi  yang  di  tetapkan  .Budayakanlah  amalan  “Muafakat
               Membawa  Berkat  “,  “Bersatu  Kita  Teguh  ,Bercerai  Kita  Roboh”  dan  “Betulkan    Yang  Biasa
               Biasakan Yang Betul,  “. Jadilah kita sebagai individu yang berintegriti dalam mencari rezeki secara
               halal dalam melaksanakan tugas-tugas kita .Insya Allah kejayaan akan menjadi milik kita bersama.

               Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan
               terima kasih kepada jawatankuasa yang telah menghasilkan Manual Pengurusan Tahun 2021 yang
               akan dijadikan penduan kepada warga sekolah untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti
               pada  tahun  ini.Akhir  kata,  saya  berdoa  agar  semua  guru  dan  staf  bersedia  menghadapi  segala
               cabaran  dan  rintangan  untuk  melonjakkan  kecemerlangan  sekolah  pada  tahun  2021  .Semoga
               semua hasrat dan harapan  kita ini akan diberkati oleh  Allah S.W.T.  Aamin.

               Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

               (Puan Balkis Binti Nordin )
                Pengetua
                SMK Sungai Pasir Kechil

                                                               3



               Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   1   2   3   4   5   6   7   8   9