Page 94 - SMKSPK MANUAL PENGURUSAN 2021 NEW 8 JANUARI
P. 94

Manual Pengurusan SMKSPK 2021


                         TATACARA PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
                                                  DI DALAM BILIK DARJAH

                         Pastikan  masuk  kelas  mengikut  jadual  waktu  bagi  memaksimumkan  PdP  dan
                             mengawal disiplin pelajar.
                         Niat yang ikhlas dan berdoa untuk membantu pelajar dan membawa buku rekod
                             mengajar yang kemaskini.
                         Buku rekod mengajar mesti ada Tarikh, Tingkatan, Masa, Tajuk, Objektif, Aktiviti,
                             Refleksi.
                         Meluangkan masa lebih kurang 5minit untuk ucap selamat, pastikan kelas dibersih,
                             tong  sampah  dikosongkan,  susun  atur  kerusi  dan  meja,  kekemasan  pelajar,
                             menyemak  kehadiran  pelajar,  melengkapkan  diari  kelas,  dan  pelajar  bersedia
                             untuk belajar.
                         Melaksanakan pengajaran semampu yang mungkin berdasarkan Standard Kualiti
                             Pendidikan Malaysia yang mengandungi 8 aspek (dibekalkan kepada semua guru
                             Standard 4)
                         Pastikan ada aktiviti  dan mencatat aktiviti yang dilaksanakan sekiranya kelas ganti.
                         Beri keutamaan pada waktu-waktu kritikal seperti waktu pertama, lepas rehat dan
                             sebelum balik.
                         Guru waktu akhir (2.10) diminta pastikan kelas bersih dan kemas sebelum pelajar
                             dibenarkan pulang.
                         Pada waktu akhir sebelum rehat dan waktu terakhir sebelum  pulang  guru diminta
                             memastikan semua pelajar keluar terlebih dahulu.
                         Guru mestilah berusaha untuk mempelbagaikan kaedah mengajar sesuai dengan
                             PAK21.
                         Sebarang  salah  laku  pelajar  sepanjang  sesi    pembelajaran  seperti  pelajar  tidak
                             melaksanakan  kerja  bertulis,  tidak  membawa buku  teks,  alat  tulis  dan lain-lain
                             yang berkaitan adalah di bawah kawalan guru berkenaan.
                         Pergerakan pelajar ke bilik-bilik khas, padang, makmal sains dan sebagainya adalah
                             di bawah kawalan guru semasa PdP.
                         Sentiasa  mengingatkan  diri  kita  bahawa  tugas  mengajar  adalah  tugas  utama
                             profession kita. Amanah ini mesti kita tunaikan.
                         Melakukan  aktiviti  lain  selain  mengajar  atau  guru  tidak  berada  dikelas    dan
                             membiarkan pelajar tanpa aktiviti adalah satu kesalahan.
                         Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg ke bilik-bilik khas seperti makmal
                             sains, Pusat Sumber, Makmal Komputer dan sebagainya. Guru mesti mengawal
                             pelajar supaya tidak merosakkan harta benda sekolah.
                         Elakkan  sebarang  gangguan  ketika  PdPc  dan  aktiviti  pengajaran  mestilah
                             dilaksanakan sepenuhnya.



                                                                    90

                     Sinergi Permuafakatan Kecemerlangan 2021
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99