Page 15 - E-FOLIO GROUP 8 DDT1A
P. 15
PERKAHWINAN
Perkahwinan Kaum India
• Masyarakat India merupakan antara etnik terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah
masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih
mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri
daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

