Page 2 - agp SIRIKE 2.2020
P. 2

KOLEJ TINGKATAN 6  TUN FATIMAH MELAKA


               1.      TAJUK         :      AMALAN  GURU PENYAYANG DAN SALAM HORMAT SIRI KE – 2
                                                                   TAHUN 2020

               2.      TARIKH        :      27.8.2020 (  KHAMIS  )

               3.      TEMPAT        :      MAKMAL ICT KTE TF

               4.      MATLAMAT

                       Pelaksanaan  Amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap
               kasih  sayang  di  sekolah.  Penyayang  membawa  maksud  perbuatan  atau  perlakuan  menyayangi,
               mengasihi,  dan  bersifat  belas  kasihan  serta  menghormati  orang  lain.  Ini  bermakna  Guru  Penyayang
               adalah  seorang  guru  yang  memiliki  sifat  kepedulian  (concern)  terhadap  muridnya  dengan  cara
               mengamalkan  nilai  kasih  sayang,  bersikap  mesra,  mengambil  berat,  berbudi  bahasa,  saling
               menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.Justeru itu Program Mengalu-alukan kehadiran pelajar,
               Mentor-mentee Guru Penyayang, Program Salam Hormat,  Sambutan Hari jadi, Penghargaan kehadiran
               penuh  ikut  kelas  antara  aktiviti  yang    digabungkan    sebagai    wardah  tanda  sayang  dan  prihatin  guru
               kepada pelajarnya.
                       Mentor  mentee  merupakan  satu  proses  interaksi  antara  guru  dan  murid  melibatkan  tindakan
               seperti membimbing, menyokong, dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu
               (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih
               sayang dan mengasah kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi
               tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan
               negara.
                       Manakala  ”Salam  Hormat  Cara  Malaysia  Baru”    merupakan  satu  perlakuan  bagi  menunjukkan
               sikap hormat- menghormati dalam kalangan warga sekolah khasnya dan msyarakat dan negara amnya.


               5.      KONSEP

                       MEMBANGUN SAHSIAH DIRI MURID  MELALUI BUDAYA AMALAN GURU PENYAYANG DAN
                       SALAM HORMAT


               6.      OBJEKTIF

               i       mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara guru (
                       mentor)  dan pelajar ( mentee )
               ii.     mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain
               iii.    memberi galakan kepada pelajar untuk hadir ke kolej setiap hari pegajian.
               iv.     meningkatkan  prestasi  akademik  pelajar  (  mentee)  dan  sahsiah  pelajar  melalui  budaya
                       penyayang dan prihatin


               7.      SASARAN
                       i.     Kategori Kehadiran  Penuh KELAS :  BAGI BULAN JULAI/2020 SEMESTER 2 ( 6A )
                       ii.    Kategori Kehadiran Penuh PELAJAR bagi bulan : JAN - JULAI 2020 SEMESTER 2 ( 6A )
                       iii.   Kategori Sahsiah Terbaik  SEMESTER 1 DAN 2 ( 6A )
   1   2   3   4   5   6