Page 3 - Program Hari Anugerah Kecemerlangan STPM 2020.pub - Microsoft Publisher
P. 3
PENDAHULUAN
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan men-
capai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
MATLAMAT
KTE Tun Fatimah amat mementingkan kecemerlangan pelajar dari pelbagai aspek terutama
kecemerlangan akademik. Oleh itu, kecemerlangan pelajar wajar diberi pengiktirafan oleh
pihak kolej. Majlis Anugerah Kememelangan STPM merupakan agenda tahunan kolej yang
merupakan medium bagi pihak kolej meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam STPM.
Adalah menjadi harapan, pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada pelajar yang lain
untuk mencontohi dan mengulangi kejayaan yang sama atau lebih cemerlang pada tahun
berikutnya.
OBJEKTIF
i. Menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan STPM tahun 2020.
ii. Memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan STPM
tahun 2020.
iii. Pelajar dapat menghargai pengorbanan guru serta dapat mengeratkan lagi silaturahim
antara pelajar dan guru.

