Page 60 - Geografi Tingkatan 1
P. 60
Gunung Lipat
• Pergerakan dan pertembungan plat bumi akan menyebabkan berlakunya
pembentukan gunung lipat.
• Pergerakan dan pertembungan itu berlaku apabila terdapatnya daya mampatan
pada kerak bumi.
• Tolakan serta himpitan dua plat dari arah bertentangan akan menyebabkan kerak
bumi termampat, seterusnya membentuk banjaran gunung lipat.
Daya mampatan
Sebelum
Kesan daya mampatan
Selepas
Rajah 5.4 Proses pembentukan gunung lipat
Rajah 5.5 Gunung lipat
Gunung Bongkah
• Gunung bongkah terbentuk akibat pergerakan kerak bumi yang disebut
gelinciran atau sesaran.
• Proses gelinciran biasanya berlaku di sempadan plat bumi di daratan atau
di lautan akibat pengaruh daya tegangan atau mampatan.
Daya tegangan Gunung bongkah
Lurah gelinciran
Sebelum
Lurah gelinciran
Selepas
Rajah 5.7 Gunung bongkah dan
Rajah 5.6 Proses pembentukan gunung bongkah lurah gelinciran
49