Page 36 - perpaduan_integrasi_nasional_Neat
P. 36

tempoh dua tahun beroperasi. Pelan induk ini
           merupakan satu payung yang akan menyeragamkan
           pelaksanaan semua program dan aktiviti
           berorientasikan perpaduan di negara ini.  Fokus
           utama pelan ini adalah mewujudkan pendekatan
           proaktif dalam memperkukuhkan aspek positif
           kepelbagaian dan perpaduan negara selain terus
           menangani sumber perselisihan dalam masyarakat.
           Setelah menyempurnakan penyediaan pelan induk
           ini, operasi MKPN telah ditamatkan pada akhir
           Oktober 2015.

           MATLAMAT
           • Pembinaan bangsa memerlukan usaha yang
             berterusan dan tidak boleh dicapai dalam sehari dua.
             Justeru, usaha pembinaan bangsa perlu diteruskan
             dari satu generasi ke generasi berikutnya agar
             negara terus kekal aman dan bersatupadu.

           • Penyatuan nasional akan menjadi lebih bermakna
             sekiranya kepentingan nasional dipegang teguh oleh
             semua pihak daripada memenuhi kepentingan dan
             tuntutan pihak-pihak tertentu.
            
        36  PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40