Page 33 - GARIS PANDUAN KAWALAN INFEKSI 2013
P. 33
01.LayOut 11/7/13 7:02 AM Page 25
Bekas Yang Tatacara Pengurusan
Digunakan
Plastik biru • Sisa klinikal yang perlu didisinfeksi dimasukkan ke dalam
Biohazard beg plastik biru biohazard.
• Beg plastik biru biohazard perlu diletakkan di dalam
‘container’ kuning bertanda ‘biohazard’ dan sentiasa
bertutup.
• Setelah didisinfeksi, masukkan ke dalam beg plastik kuning
biohazard untuk dilupuskan.
Biohazard Bin • Semua Biohazard Bin perlu di cuci sekurang-kurangnya
setiap minggu atau lebih kerap bila perlu.
Tatacara Penyimpanan Dan Penghantaran Sisa Klinikal
Proses Tatacara
Simpanan a. Bagi mengelakkan pengumpulan dan dekomposisi sisa,
Sementara sisa klinikal perlu dikumpulkan secara harian.
b. Sisa klinikal dikumpul di tempat simpanan sementara yang
selamat.
c. Kawasan simpanan sementara merupakan kawasan di
mana bekas yang lebih besar diletakkan sebelum dialihkan
ke tempat simpanan berpusat.
Pengangkutan a. Pengangkutan dari tempat simpanan sementara ke tempat
Dalaman simpanan berpusat perlu menggunakan wheelie bin atau
troli khas.
b. Peralatan yang digunakan untuk mengangkut sisa klinikal
didisinfeksi dan dibersihkan secara menyeluruh selepas
digunakan.
Simpanan Sisa a. Saiz tempat simpanan sisa berpusat perlu berdasarkan
Berpusat kepada kapasiti sisa yang disimpan serta kekerapan
pengumpulan sisa tersebut.
b. Tempat tersebut juga perlu mudah dibersihkan serta
mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik
serta selamat dari gangguan makhluk perosak.
Garis Panduan Kawalan Infeksi Di Fasiliti Kesihatan Primer 25

