Page 43 - GARIS PANDUAN KAWALAN INFEKSI 2013
P. 43
01.LayOut 11/7/13 7:02 AM Page 35
7. Pendidikan Pesakit
a) Pesakit dan pelanggan yang mengunjungi fasiliti kesihatan juga perlu diberi
pendedahan berkenaan amalan kawalan jangkitan bagi mengelakkan
penularan jangkitan.
b) Antara amalan kawalan jangkitan yang perlu diberi perhatian;
• Etika batuk
• Kebersihan tangan
• Penggunaan PPE
c) Pendidikan pesakit boleh dilaksanakan melalui ceramah, khidmat nasihat dan
penyebaran maklumat melalui media cetak dan elektronik.
8. Penyeliaan
Penyeliaan dalaman diperingkat klinik kesihatan perlu dilaksanakan oleh Link Nurse
yang dilantik.
Kekerapan penyeliaan dalaman dilaksanakan mengikut kesesuaian dan
kemampuan setempat.
Rujukan: Garis Panduan Lantikan Link Nurse Di Klinik Kesihatan (Lampiran 8).
Rujukan: Senarai Semak Audit (Lampiran 9).
9. Pemantauan
9.1 Pemantauan Dalaman
Pemantauan dalaman dilaksanakan oleh Link Nurse yang dilantik dengan
menggunakan format Senarai Semak Audit Kawalan Infeksi Di Fasiliti
Kesihatan Primer (Lampiran 9) yang disediakan.
Tindaksusul dan langkah penambahbaikan perlu diambil terhadap hasil
pemantauan yang dijalankan. Laporan hasil pemantauan perlu disediakan
berdasarkan format Laporan Audit Kawalan Infeksi Di Fasiliti Kesihatan Primer
(Ringkasan Fasiliti) (Lampiran 9A) dan disimpan diperingkat fasiliti kesihatan
untuk tujuan semakan oleh pasukan audit dan penyediaan laporan.
Secara keseluruhannya, Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai Perubatan Yang
Menjaga fasiliti kesihatan primer bertanggungjawab dalam memantau
pelaksanaan tugas Link Nurse. Secara tidak langsung Pakar Perubatan
Keluarga/Pegawai Perubatan Yang Menjaga juga bertanggungjawab dalam
memastikan aktiviti kawalan infeksi dilaksanakan diperingkat fasiliti masing-
masing.
Garis Panduan Kawalan Infeksi Di Fasiliti Kesihatan Primer 35

