Page 55 - GARIS PANDUAN KAWALAN INFEKSI 2013
P. 55

01.LayOut  11/7/13  7:02 AM  Page 48






                             Garis Panduan Link Nurse Kawalan Infeksi Peringkat
                Lampiran 8
                             Kesihatan Primer
               Link Nurse di kesihatan primer berfungsi sebagai penghubung diantara klinik kesihatan
               dan Jawatankuasa Kawalan Infeksi Peringkat Daerah/Negeri. Mereka berperanan
               didalam meningkatkan kesedaran dan amalan didalam kawalan infeksi dikalangan
               anggota di kesihatan primer terutamanya anggota yang terlibat didalam pengurusan
               pesakit.


               A.  Tugas Dan Tanggungjawab

                  1.   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar berterusan didalam kawalan infeksi
                      kepada anggota  yang terlibat didalam pengurusan pesakit.

                  2.   Menyampaikan maklumat berkaitan informasi terkini kawalan infeksi.

                  3.   Memantau aktiviti kebersihan klinik serta peralatan yang digunakan dalam
                      rawatan pesakit.

                  4.   Memantau kepatuhan anggota yang terlibat didalam pengurusan pesakit
                      kepada polisi dan prosedur yang telah disediakan.

                  5.   Menyelia, memantau dan membuat laporan didalam perlaksanaan kawalan
                      infeksi (termasuk sharp injury surveillance yang dipantau oleh KPAS).

                      Link Nurse klinik kesihatan juga bertanggungjawab kepada Klinik Desa, Klinik
                      1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia yang berada dibawah pentadbiran
                      klinik kesihatannya.


               B.  Perlantikan Sebagai Link Nurse

                  Jururawat yang dilantik sebagai  Link Nurse mestilah telah berkhidmat di fasiliti
                  kesihatan primer sekurang-kurangnya selama dua tahun dan mempunyai latihan
                  samada:-

                  1.   Pos basik Kawalan Infeksi
                      atau
                  2.   APSIC/LDP/in-house training


               C.   Pemantauan Ke Atas Link Nurse
                  Link Nurse bertanggungjawab terus kepada Pakar Perubatan Keluarga/Pegawai
                  Perubatan dan Kesihatan yang menjaga.

                  48      Garis Panduan Kawalan Infeksi Di Fasiliti Kesihatan Primer
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60