Page 98 - Buku Teks Matematik
P. 98

4.4  Nisbah, Kadar dan Kadaran

                      Bagaimanakah anda menentukan nisbah tiga
                      kuantiti apabila dua atau lebih nisbah dua                        PEMBELAJARAN
                      kuantiti diberi?                                            Menentukan nisbah
                                                                                  tiga kuantiti apabila
                                                                                  dua atau lebih nisbah
                  Contoh     9                                                    dua kuantiti diberi.

                 Jika p : q = 7 : 3 dan q : r = 3 : 5, cari nisbah p : q : r.

                                                                                                              BAB
                          p : q = 7 :  3      q : r =  3  : 5
                                                                                                              4
                                           sama
                 Maka, p : q : r = 7 : 3 : 5.


                  Contoh     10

                 Di sudut bacaan Kelas 1 Jujur, nisbah bilangan buku cerita kepada bilangan buku rujukan
                 ialah  2 :  5. Nisbah bilangan  buku rujukan  kepada  bilangan  majalah  ialah  3 :  2. Cari
                 nisbah bilangan buku cerita kepada bilangan buku rujukan kepada bilangan majalah.



                 Katakan x = bilangan buku cerita
                         y = bilangan buku rujukan
                         z = bilangan majalah                                     Tukarkan nilai y dalam
                                                                                  kedua-dua nisbah
                 x : y = 2 : 5               y : z = 3 : 2                        kepada satu nombor
                                                                                  yang sama dengan
                      = 2  × 3  : 5  × 3           = 3  × 5  : 2  × 5             menentukan GSTK
                                                                                  bagi 5 dan 3.
                      = 6 : 15                     = 15 : 10

                                      sama
                 Maka, x : y : z = 6 : 15 : 10, iaitu nisbah bilangan buku cerita
                 kepada bilangan buku rujukan kepada bilangan majalah ialah
                 6 : 15 : 10.


                               4.4a

                 1.  Jika p : q = 2 : 9 dan q : r = 9 : 7, cari nisbah p : q : r.

                 2.  Sejumlah wang derma dibahagikan kepada tiga buah rumah amal P, Q dan R. Nisbah
                     wang derma yang diterima oleh rumah amal P kepada rumah amal Q ialah 2 : 3.
                     Nisbah wang derma yang diterima oleh rumah amal Q kepada rumah amal R ialah
                     4 : 1. Cari nisbah wang derma yang diterima oleh rumah amal P kepada rumah amal
                     Q kepada rumah amal R.

                                                                                                       87
                                                                          Nisbah, Kadar dan Kadaran



       04 Text book Mate Tg1.indd   87                                                                10/18/16   3:19 PM
   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103