Page 25 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 25

KEDUDUKAN RELATIF                           Hadapan
                  2.1




                                                                Kiri                              Kanan
               •  Kedudukan ialah tempat letaknya
                  sesuatu objek dalam sesuatu kawasan.                           Siti
               •  Kedudukan relatif ditentukan dengan
                  merujuk titik rujukan.
                                                                              Belakang



                                       Mei Ling  Chin       Chin duduk          Akim   Siew
                                                            di hadapan
                           Akmal duduk                      Siti.
                           di sebelah
                           kiri Siti.                       Siti dijadikan
                                                            titik rujukan.


                     Papan tulis        Akmal   Siva        Dina duduk         Dina    Zaim     Papan kenyataan
                                                 Siti
                                                            di sebelah
                                                            kanan Siti.
                                         Asma
                                                                                Sonia Adam
                                                            Siva duduk
                                                            di belakang
                                                            Siti.


                                         Fong    Rita                          Raju   Stacy



               Rajah 2.1 Kedudukan murid di dalam kelas Tingkatan 1 Arif

               Lihat Rajah 2.1 Siti dijadikan sebagai titik rujukan. Siva duduk di bahagian belakang Siti.
               Dina duduk di sebelah kanan Siti. Akmal duduk di sebelah kiri Siti. Chin pula duduk di
               hadapan Siti. Sekiranya kita menukar titik rujukan kepada murid lain, maka kedudukan
               relatif akan berubah.




                        Aktiviti



                  Bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan. Tentukan satu titik rujukan. Guru mengarahkan murid
                  mengenal pasti kedudukan berpandukan titik rujukan yang telah ditentukan. Untuk meneruskan
                  aktiviti, ulang arahan dengan titik rujukan yang berbeza.





                  14
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30