Page 38 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 38
SIMBOL-SIMBOL DALAM PETA LAKAR
3.2
Simbol merupakan lambang yang mewakili ciri-ciri dalam peta lakar. Terdapat empat
jenis simbol yang biasa digunakan dalam peta lakar, iaitu simbol titik, simbol garisan,
simbol kawasan dan singkatan perkataan. Beberapa contoh bagi simbol dan singkatan
perkataan ditunjukkan di bawah ini.
Simbol kawasan Nipah Getah Gereja Kuil Simbol titik
Masjid
Hutan
Kelapa
Rumput Tokong
Paya bakau
65.31
65.31 Tanda aras
• •
Kontur
•25 Tanda tinggi
Sawah padi
Kelapa sawit Stesen trigonometri
P.P. Pejabat Pos Pt. Parit
Sungai Benteng
B.P. Balai Polis A. Alur
Ldg. Ladang P. Pulau
Tali air Sempadan
Disp. Dispensari Tk. Teluk
R.R. Rumah Rehat
Pantai Jalan raya Hosp. Hospital
Sg. Sungai
Jalan kereta api
Tg. Tanjung
K. Kuala
Lorong jalan kaki
Sek. Sekolah Singkatan perkataan
Kg. Kampung
Jambatan
T.A. Tali Air
Simbol garisan
Info
Info
GEOGRAFI
Simbol titik biasanya digunakan untuk mewakili tempat atau tapak tertentu seperti masjid, kilang
dan petempatan. Simbol garisan digunakan untuk mewakili ciri-ciri yang berbentuk garis seperti
jalan raya, sungai dan sempadan. Simbol kawasan pula digunakan untuk mewakili kawasan
tertentu seperti sawah padi, ladang getah dan hutan.
Sumber: htt p://eravisi.com/geo/tg1/ms012
27

