Page 9 - GEOGRAFI TINGKATAN 1
P. 9
Pendahuluan
Memberikan pendedahan awal
Memberikan pendedahan awal
secara inkuiri tentang tajuk-tajuk yang
Buku teks Kurikulum Standard Sekolah akan dipelajari dalam setiap bab.
Menengah (KSSM) Geografi Tingkatan 1 ini
ditulis berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Geografi
Tingkatan 1.
Setiap bab di dalam buku ini memfokuskan
kepada keperluan pengetahuan asas tentang
bentuk ciri ruang serta persekitaran dalam
melahirkan murid yang bersikap positif terhadap
kelestarian alam sekitar. Gaya persembahan
dan penampilan buku teks ini diyakini mampu
melahirkan generasi yang berpengetahuan,
berkemahiran dan menguasai nilai yang
dipelajari. Disiplin tentang ilmu geografi turut
diterapkan seperti Kemahiran Geografi ,
Geografi Fizikal, Geografi Manusia, Geografi Standard Pembelajaran
Kawasan, Isu dan Pengurusan Alam Sekitar Menyenaraikan standard
dan Kerja Lapangan. pembelajaran yang boleh dicapai
oleh murid dalam setiap bab.
Diharapkan melalui buku ini, murid-murid
mendapat pendedahan awal tentang ilmu
geografi dan menerapkannya dalam kehidupan
seharian. Bagi memantapkan lagi buku ini,
dimasukkan juga elemen istimewa, iaitu ikon-
ikon tertentu sebagai nilai tambah dalam
menarik minat murid-murid untuk mendekati
ilmu secara tidak langsung.
Minat dan kecenderungan murid-murid dapat
dipupuk secara langsung dalam melahirkan
generasi berketerampilan, mencintai serta
membudayakan ilmu Geografi . Kami berharap
agar gaya persembahan yang dipaparkan ini
mampu memenuhi keperluan Pembelajaran
Abad ke-21 dalam menyediakan murid-murid Aktiviti
yang mampu menghadapi cabaran pada
masa depan. Mencungkil kemahiran murid berdasarkan
sesuatu ilmu yang telah dipelajari.
• Hisham Azman bin Ibrahim (Murid perlu melaksanakan aktiviti dalam
• Mohamad Khairun Fitri bin Ahmad buku latihan.)
vi

