Page 122 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 122

P Ba
                                                                        Bab 4: Pembiakanb 4: Pembiakan
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                  Faktor yang Mempengaruhi

                       4.5        Perkembangan Fetus dan Bayi




                      •  Menghubungkaitkan kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan
                        fetus semasa kehamilan.
                      •  Mewajarkan kepentingan mengelak daripada mengambil bahan yang boleh memudaratkan fetus.
                      •  Mewajarkan kebaikan penyusuan susu ibu kepada perkembangan bayi berbanding susu formula.
                      •  Menyedari bahawa setiap makhluk yang bernyawa mempunyai hak untuk hidup walaupun
                        dalam kandungan.


                          engapakah pengambilan nutrien wanita hamil berbeza dengan wanita yang tidak
                      Mhamil? Anda telah mempelajari cara-cara fetus mendapatkan nutrien dan oksigen
                    daripada ibunya dalam subtopik 4.4. Wanita hamil perlu mendapatkan makanan yang
                    berkhasiat dan seimbang, serta menjaga kesihatannya dengan baik untuk melahirkan bayi
                    yang sihat. Keperluan kalori wanita hamil adalah lebih tinggi. Rajah 4.20 menunjukkan
                    keperluan kalori dan nutrien yang diperlukan oleh wanita hamil dalam sehari.





                                                                               Vitamin A
                                   Karbohidrat                                 •  Wanita hamil:
                               •  Wanita hamil:                                     900 µg
                                 11 592 kJ                                     •  Wanita tidak hamil:
                               •  Wanita tidak hamil:                               750 µg
                                  9 450 kJ



                                                                                     Ferum
                          Protein                                                    •  Wanita hamil:
                          •  Wanita hamil:                                                15 mg
                            85 g                                                     •  Wanita tidak hamil:
                          •  Wanita tidak hamil:                                          10 mg
                            39 g




                                                                                 Vitamin C
                        Kalsium                                                  •  Wanita hamil:
                        •  Wanita hamil:                                              50 mg
                             1 000 – 1 500 mg                                    •  Wanita tidak hamil:
                        •  Wanita tidak hamil:                                        30 mg
                             400 – 500 mg



                           Rajah 4.20 Keperluan kalori dan nutrien yang diperlukan oleh wanita hamil dalam sehari
                                                                                                Bab 4    111
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127