Page 145 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 145

Jadual 1

                   Dos nikotin                        Tiada             Rendah              Tinggi
                   Peratus sperma tidak normal          7                  20                 33
                       (a)  Berdasarkan Jadual 1, lukis satu carta palang.
                       (b)  Apakah dua pemboleh ubah yang perlu dimalarkan dalam eksperimen ini?

                       (c)  Apakah kesimpulan yang dapat dibuat oleh para penyelidik itu daripada eksperimen
                            yang telah dijalankan?

                       (d)  Cadangkan satu sebab para penyelidik tersebut tidak memberikan nikotin kepada tikus
                            kumpulan pertama.
                       (e)  Nyatakan satu kesan nikotin terhadap bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok ketika
                            hamil. Apakah penyelesaian yang baik untuk ibu yang ketagih nikotin?


                     5.  Rajah 3 menunjukkan struktur umum bunga.
                       (a)  Nyatakan struktur yang membentuk
                              (i)  organ pembiakan betina.
                              (ii)  organ pembiakan jantan.
                                                                               Rajah 3
                       (b)  Jika kita ke taman bunga, banyak serangga kelihatan berterbangan di sekeliling bunga.
                            (i)  Apakah ciri-ciri yang dimiliki oleh bunga-bunga tersebut yang menarik minat
                               serangga untuk hinggap padanya?
                              (ii)  Bagaimanakah serangga-serangga tersebut dapat membantu dalam proses
                               pembiakan tumbuhan?








                     6.  Kemandulan  sering  kali  menjadi  masalah  kepada  pasangan  yang  baharu  berkahwin  pada
                       masa ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Adakah benar anggapan sesetengah pihak bahawa
                       kemandulan hanya berpunca daripada wanita sahaja? Berikan pendapat anda.


                     7.  Sepasang suami isteri sudah berkahwin selama 12 tahun, namun masih belum
                       dikurniakan anak.
                       (a)  Dari segi perubatan, apakah andaian anda tentang sebab pasangan suami isteri tersebut
                            belum dikurniakan anak?

                       (b)  Berdasarkan jawapan anda di 7(a), cadangkan satu kaedah yang boleh dilakukan
                            oleh pasangan tersebut untuk mengatasi masalah mereka. Terangkan kebaikan
                            kaedah tersebut.


                    134  Bab 4
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150