Page 260 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 260
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
P Bab 8: Cahaya dan Optikb 8: Cahaya dan Optik
P P Ba
Selepas mempelajari bab ini, kamu dapat:
8.1 Penggunaan Cermin
Membezakan imej sahih dengan imej maya.
Berkomunikasi mengenai ciri-ciri imej dalam cermin satah, cermin cekung dan cermin cembung.
Menyatakan jarak objek adalah sama dengan jarak imej dalam cermin satah.
Menggunakan cermin satah untuk mengaplikasikan konsep pantulan cahaya.
Mewajarkan aplikasi cermin cekung dan cermin cembung dalam kehidupan.
Membina alat optik dan menghargai penggunaan alat optik untuk meningkatkan keupayaan deria
manusia.
Menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian dengan mengaplikasikan cermin satah, cermin cekung
dan cermin cembung.
8.2 Sifat Cahaya
Berkomunikasi mengenai sifat cahaya.
8.3 Pantulan Cahaya
Menyatakan ciri-ciri imej cermin satah.
Berkomunikasi mengenai hukum pantulan.
Melukis gambar rajah sinar pantulan cahaya.
Menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian dengan mengaplikasikan konsep pantulan cahaya.
8.4 Pembiasan Cahaya
Mengitlakkan bahawa pembiasan cahaya berlaku apabila cahaya merambat melalui medium yang
berbeza ketumpatan.
Melukis gambar rajah sinar pembiasan cahaya apabila cahaya melalui medium berbeza ketumpatan.
Merumuskan hubungan antara sudut tuju, i dengan sudut biasan, r apabila cahaya merambat dari
medium kurang tumpat kepada lebih tumpat.
Mewajarkan aplikasi pembiasan cahaya dalam kehidupan.
8.5 Penyebaran Cahaya
Berkomunikasi mengenai penyebaran cahaya.
Menjelaskan penyebaran cahaya dalam kehidupan harian dengan contoh.
8.6 Penyerakan Cahaya
Berkomunikasi mengenai penyerakan cahaya.
Menjelaskan penyerakan cahaya dalam kehidupan harian berserta contoh.
8.7 Penambahan Cahaya dan Penolakan Cahaya
Mengenal pasti warna primer.
Mengenal pasti penambahan warna-warna primer bagi membentuk warna sekunder.
Berkomunikasi mengenai penolakan cahaya.
249
Bab 8
Bab 8 249