Page 288 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 288

Bab 9: Bumib 9: Bumi
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        P Ba

                      9.  Pernyataan di bawah merujuk kepada salah satu ciri di permukaan Bumi.

                                                  Taburan air di Bumi sentiasa tetap.

                        Pada pendapat anda, adakah pernyataan ini benar? Bincangkan.



                      10.  Gempa bumi direkod dengan menggunakan alat seismograf sensitif yang mengesan
                         gerakan atau getaran. Reka cipta satu alat seismograf ringkas untuk mengesan getaran pada
                         permukaan Bumi dengan menggunakan penanda, rod logam, spring, pemberat, kertas
                         kadbod dan lain-lain objek yang mudah untuk diperoleh. Anda boleh menjatuhkan objek
                         yang berat berdekatan dengan alat yang anda bina untuk menghasilkan “gempa”
                        buatan sendiri.








                      11.  Pernyataan di bawah menunjukkan suatu keratan akhbar tentang isu yang berlaku di Malaysia.



                     Pencemaran bauksit di Kuantan

                      KUANTAN – Penduduk Kuantan mengeluh dengan
                      pencemaran bauksit di sekitar kawasan Bukit
                      Goh, Gebeng dan Pelabuhan Kuantan yang boleh
                      menyebabkan risiko kesihatan. Kegiatan perlombongan
                      bauksit yang tidak terkawal telah menyebabkan jalan
                      utama kotor. Udara tercemar akibat debu bauksit
                      yang tertumpah. Sungai turut tercemar akibat aktiviti
                      perlombongan bauksit. Bauksit ialah tanah merah yang
                      kaya dengan aluminium.                                       Bauksit




                                                        (Dipetik dan diubah suai daripada Astro Awani, 5 Julai 2015)


                        Pada pendapat anda, apakah kesan negatif yang mungkin timbul akibat perlombongan bauksit
                         yang berleluasa di Kuantan?

                      12.  Cameron Highlands selalu menghadapi masalah tanah runtuh akibat kegiatan pertanian
                         yang berleluasa. Reka cipta sejenis alat yang boleh mengesan kemungkinan akan berlakunya
                         hakisan tanah.





                                                                                                      277
                                                                                                Bab 9
                                                                                                Bab 9  277
   283   284   285   286   287   288   289   290   291   292   293