Page 296 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 296

Kepekaan              Kebolehan alat mengesan perubahan kecil sesuatu kuantiti yang diukur.
                    Kepersisan            Kebolehan alat pengukur memberikan bacaan yang sama apabila
                                          pengukuran diulang.
                    Ketumpatan            Jisim per unit isi padu sesuatu objek.

                    Kitar haid            Satu siri perubahan yang berlaku pada dinding uterus dan ovari.
                    Kitar karbon          Kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan
                                          mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya
                                          semula ke udara secara berterusan.
                    Kitar oksigen         Kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan
                                          pengembaliannya semula ke udara secara berterusan.

                    Kuantiti fizik        Sifat fizikal yang boleh dihitung dan oleh itu boleh diukur.
                    Luas                  Berapa besarnya sesuatu kawasan.

                    Luluhawa              Merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan
                                          akibat perubahan suhu, air hujan, tindakan fros dan mikroorganisma.
                    Organ                 Sekumpulan tisu yang bergabung dan mempunyai fungsi yang spesifik.
                    Organisma multisel    Organisma yang terdiri daripada lebih daripada satu sel.

                    Organisma unisel      Organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja.

                    Pembakaran            Tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan bertindak balas dengan
                                          oksigen secara kimia serta membebaskan tenaga haba.
                    Pembentukan spora     Proses menghasilkan spora di dalam sporangium.
                    Pembiakan             Proses menghasilkan individu baharu oleh organisma hidup.

                    Pembiakan vegetatif    Menghasilkan tumbuhan baharu daripada bahagian vegetatif tumbuhan
                                          induk selain bunga.
                    Pembiasan cahaya      Perubahan arah perambatan atau pembengkokan cahaya apabila cahaya
                                          merambat melalui dua medium yang berbeza ketumpatan.

                    Pendebungaan kacuk   Proses pendebungaan  yang berlaku pada bunga daripada pokok yang
                                          berbeza, namun masih daripada spesies yang sama.

                    Penjanaan semula      Kebolehan fragmen organisma tertentu tumbuh dan berkembang menjadi
                                          individu baharu yang lengkap.
                    Penolakan cahaya      Warna cahaya yang sama dengan objek legap akan dipantul ke mata kita
                                          manakala warna lain akan diserap.
                    Penyerakan cahaya     Sinar cahaya dipantulkan ke semua arah oleh awan atau ke zarah-zarah
                                          dalam udara.

                    Pernafasan            Pertukaran gas yang berlaku antara organisma dengan persekitarannya.

                                                                                               Glosari  285
   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300