Page 30 - Buku Teks Sains Tingkatan 1
P. 30

P Ba
                                                                        Bab 4: Pembiakanb 1: Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifikb 4: Pembiakanb 1: Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifikengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                        P Ba
                                                                        P Ba
                    Penggunaan Alat Pengukur yang Betul
                      a  Mengukur Panjang


                         Panjang ialah jarak di antara dua titik. Unit S.I. panjang ialah
                         meter (m). Panjang juga boleh diukur dalam milimeter (mm),
                         sentimeter (cm) atau kilometer (km).




                                                            1 senggatan kecil
                                                            bersamaan 1 mm
                                   Pembaris                   atau 0.1 cm.         Pita pengukur


                                            Gambar foto 1.13 Alat untuk mengukur panjang

                    Semasa menggunakan pembaris, mata pemerhati hendaklah
                    berserenjang dengan skala bacaan untuk mengelakkan
                    ralat paralaks (Rajah 1.9). Ralat paralaks wujud disebabkan
                    kedudukan mata yang tidak betul semasa mengambil ukuran.        0  cm 1  2  3  4  5  6  7
                                                                                    Rajah 1.9 Cara mengelakkan
                      b  Menyukat Jisim                                                     ralat paralaks


                         Jisim sesuatu objek ialah kuantiti jirim yang terkandung
                         di dalamnya. Unit S.I. bagi jisim ialah kilogram (kg).

                      Neraca tuas                              Neraca tiga alur     Contoh alat pengukuran
                                                                                    jisim yang digunakan
                                                                                    pada zaman dahulu:






                                                                                       Rajah 1.10 Dacing


                                Gambar foto 1.14 Alat untuk menyukat jisim
                      c  Mengukur Masa                    Butang mula, henti             Gelang
                                                          dan set semula
                         Unit S.I. bagi masa ialah saat (s).
                         Unit lain masa termasuk minit
                         (min), jam (j), hari, bulan, tahun,
                         dekad dan sebagainya.

                                        Jam randik dapat mengukur
                                       tempoh masa dengan kejituan
                                             0.1 s atau 0.2 s.                              Gambar foto 1.15
                                                                                               Jam randik
                                                                                                       19
                                                                                                Bab 1
                                                                                                Bab 1  19
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35