Page 152 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 152

Perluasan Kuasa dalam Tamadun India


                    Kemunculan pelbagai kerajaan dalam Tamadun India menyebabkan wujudnya persaingan
                    antara kerajaan untuk memperluas kuasa masing-masing. Perluasan kuasa bermaksud usaha
                    yang dilakukan oleh sesebuah kerajaan atau raja bagi menguasai dan memperluas pengaruh
                    di sesebuah kawasan atau usaha untuk mengatasi pihak lain. Pada permulaannya, perluasan
                    kuasa dilakukan secara fizikal. Namun  begitu, cara perluasan kuasa ini telah berubah kepada
                    perluasan secara keagamaan demi memastikan kesejahteraan dan perdamaian wujud dalam
                    Tamadun India.

                    Faktor Perluasan Kuasa
                    Terdapat pelbagai faktor perluasan kuasa yang saling berkait. Faktor tersebut termasuklah
                    kekuatan  ketenteraan,  dasar  pemerintahan,  sumber  manusia,  diplomasi  keagamaan  dan
                    kewangan.





                                         Kekuatan ketenteraan
                                         Sesebuah kerajaan
                                         perlu mempunyai              Dasar pemerintahan
                                         pasukan tentera yang         Pemerintahan yang
                                         kuat. Pasukan tentera        diketuai oleh raja
                                         juga digunakan untuk         menentukan dasar
                                         mempertahankan               perluasan kuasa sesuatu
                                         negara daripada              kerajaan.
                                         serangan musuh.



                        Kewangan
                        Setiap perluasan                   Faktor              Sumber manusia
                        kuasa perlu mendapat             Perluasan             Sumber manusia yang
                        pembiayaan secukupnya              Kuasa               cukup, menjamin
                        daripada perbendaharaan                                sesebuah kerajaan
                        kerajaan. Tanpa kewangan                               ditadbir dengan baik
                        yang kukuh, usaha ini                                  dan berkesan.
                        menghadapi kesukaran.
                                                  Diplomasi keagamaan
                                                  Pemerintah yang bijak tidak
                                                  hanya bergantung pada aspek
                                                  ketenteraan semata-mata.
                                                  Aspek keagamaan dan
                                                  kemanusiaan turut berperanan
                                                  dalam memperluas kuasa dan
                                                  pengaruh kerajaan.

                                                                                                        141
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157