Page 164 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 164
Proses membuat kertas
1 2 3
Langkah 1: Langkah 2: Langkah 3:
Mengumpulkan bahan kulit pokok, Direndam di dalam air. Persiapan untuk merebus.
serpihan rami kain dan jaring ikan.
4 5 6
Langkah 4: Langkah 5: Langkah 6:
Proses merebus. Mengumpulkan rebusan Dikacau hingga menjadi cecair
di dalam satu bekas. yang pekat.
7 8 9
Langkah 7: Langkah 8: Langkah 9:
Dihamparkan pada tikar. Dijemur pada panas matahari. Kertas yang sudah siap disusun.
Sistem pendidikan merupakan asas penting yang
membolehkan Tamadun China mencapai kecemerlangan dalam
pelbagai bidang. Melalui sistem pendidikan yang teratur serta penilaian yang
kompleks membolehkan China melahirkan kalangan pelajar dan sarjana yang
bertanggungjawab dan menjadi pentadbir dalam kerajaan. Sistem ini bertahan
dan berterusan di China sebelum dimansuhkan pada awal abad ke-20. Maka,
jelaslah bahawa pendidikan yang berkesan mampu menjadi agen
perubahan dalam pembangunan negara seperti yang
dilaksanakan di Malaysia.
153

