Page 190 - BUKU TEKS TINGKATAN 1 SEJARAH
P. 190

Kewujudan Pusat Kegiatan Intelektual


                   Kewujudan pusat pendidikan
                   Tamadun  Islam  telah  mengembangkan  kegiatan  keilmuan  dengan  pesatnya.  Semasa
                   pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, banyak masjid dijadikan institusi pendidikan, seperti
                   di Damsyik, Kufah dan Basrah. Istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan pendidikan,
                   iaitu tempat belajar dan perpustakaan.





                    Pusat intelektual di Cordoba dan
                    Toledo, Sepanyol

                       Para pengkaji atau pelajar dari
                      pelbagai pelosok Eropah telah datang
                      belajar  di universiti-universiti  Islam
                      di sini terutama  dalam  bidang sains
                      dan falsafah.
                       Para sarjana Islam ketika melakukan
                      penterjemahan telah meningkatkan
                      lagi pengetahuan tentang falsafah
                      dan sains dari zaman Yunani.
                       Semasa  Tamadun  Islam  pesat
                      berkembang di  Sepanyol, hubungan
                      orang Islam,  Yahudi dan Kristian
                      telah mewujudkan budaya ilmu yang
                      memberangsangkan.







                                                            Kegiatan keilmuan di Sepanyol.
                                                            (Sumber: Mokhtar Moktefi, The Rise of Islam, Paris: Silver Burdett
                                                            Press, 1985, hlm. 54)


                                         Tahukah Anda?
                                     Terdapat orang Kristian di Sepanyol yang terpengaruh dengan
                                     cara hidup masyarakat Arab, seperti dalam berpakaian, makanan
                                     dan hubungan sosial. Mereka digelar Musta’rab (yang menjadi
                                     Arab) atau Mozarab. Melalui golongan inilah Tamadun Islam
                                     dan Arab tersebar kepada masyarakat Eropah, terutama dari segi
                                     hubungan sosial.





                                                                                                        179
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195