Page 12 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK SELAYANG UTAMA KALI KE-25
P. 12

Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Selayang Utama mempunyai tekad dan komitmen terhadap

       prestasi  murid  khususnya  dari  aspek  akhlak,  sahsiah  dan  keterampilan  mereka.  Atas  dasar  inilah
       matlamat  dan  objektif  pengurusan  HEM  bertunjang  kepada  kebajikan,  keselamatan,  akhlak  dan
       disiplin  murid  agar  sentiasa  berada  pada  tahap  yang  terbaik,  berkualiti  dan  mampu  memberi
       sumbangan kepada bangsa, agama dan negara. Atas dasar ini jugalah, Unit HEM telah merancang

       dan  melaksanakan  pelbagai  program.  Kerjasama  yang  erat  antara  semua  murid  dan  guru  sangat
       diperlukan  dalam  merealisasikan  matlamat  sekolah.  Berikut  adalah  sebahagian  dari  laporan  Unit
       HEM bagi tahun 2019.



          Bil      Unit HEM                                 Program                                 Tarikh

         1.    Badan Disiplin       1.Majlis  Penyerahan  Watikah  Perlantikan  Pengawas          28 Januari
               dan Pengawas         SKSU. Seramai 65 orang pengawas dari tahun 2  – 6               2019.
                                    terlibat dalam majlis ini.

                                    2.Majlis  Permuafakatan  KPM  Dan  PDRM  :  Program          18 Februari
                                    Jom Ke Sekolah.                                                  2019


         2.    Unit Bimbingan       Unit B&K sangat aktif dalam menjalankan pelbagai              Sepanjang
               dan Kaunseling.      program bagi membantu murid-murid SKSU. Setiap               tahun 2019
                                    program telah berjalan dengan lancar. Antaranya
                                    ialah:-

                                    - Program Ziarah Cakna di Kampung Orang Asli Bukit
                                      Lagong
                                    - Sambutan Hari Jadi Murid-Murid SKSU (2 kali).
                                    - Sambutan Hari Kanak-Kanak.
                                    - Amalan Guru Penyayang.
                                    - Program Murid Risiko Cicir.
                                    - Motivasi Kecemerlangan.
                                    - Program Awal Remaja.

         3.    Skim Pinjaman        1. Semua murid layak telah menerima buku teks dan               Setiap
               Buku Teks.              pengagihan buku teks berjalan dengan lancar.               November
                                    2.  Ibu  bapa  dan  murid  diingatkan  agar  membalut,
                                       menjaga  dan  menggunakan  buku  teks  yang  diberi
                                       dengan baik.

         4.    Unit Rancangan       Untuk tahun 2019 seramai 32 orang murid SKSU telah            Sepanjang
               Makanan                menerima RMT.                                              tahun 2019
               Tambahan
               (RMT)
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17