Page 4 - PROSPEKTUS KISAS
P. 4

SEJARAH DAN PENCAPAIAN SEKOLAH

                        Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1374H/1955M. Nama

          sebenarnya pada masa itu ialah Kolej Islam Malaya. Ia didirikan di atas
          sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang terletak di Jalan Kota Raja,

          iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Klang.

                        Kolej ini pada asalnya ialah sebuah istana yang kemudiannya
          diwakafkan oleh Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan

          Alaeddin Sulaiman Shah. Baginda amat berharap agar kolej ini dapat
          melahirkan para ulama' yang bertakwa kepada Allah dan seterusnya
          menerangi masyarakat Malaysia ini dengan ruh-ruh Islam serta dapat

          menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.

                        Pada tahun 1386H/1966 M, Kursus Sijil Tertinggi Kolej Islam
          Malaya telah dipindahkan ke bangunan yang baru di Petaling Jaya (bekas

          Pusat Pengajian Persediaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dan
          seterusnya ke Bangi menjadi Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan

          Malaysia. Namun begitu kursus persediaannya masih lagi dilaksanakan di
          Klang.

                        Pada tahun 1967, Kolej ini diambil oleh Kementerian Pelajaran
          Malaysia dan menjadi sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan yang bernama

          Kolej Islam Kelang.

                        Akhirnya pada tahun 1972, ia telah diangkat menjadi Sekolah
          Berasrama Penuh lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke hari

          ini.  Pada tahun 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada Kolej
          Islam Sultan Alam Shah oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni

          Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan pada
          masa itu.  Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih
          dikekalkan.  Pada tahun 2008 KISAS telah diberi penarafan Sekolah Kluster

          Kecemerlangan dan pada pada tahun 2010 KISAS telah diiktiraf sebagai
          Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort Pertama.







                                                                                                     2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9