Page 41 - buku teks f4 kssm
P. 41

BAB 2  Biologi Sel dan Organisasi Sel



                                      SISTEM SARAF
                Organ utama                                                             Sel
                • Otak, saraf tunjang dan saraf periferi
                Fungsi utama                                                           Tisu
                • Mengesan dan menghantar maklumat dalam badan serta
                  mengkoordinasi aktiviti badan
                                                                                      Organ


                                 SISTEM PEREDARAN DARAH
                                                                                      Sistem
                Organ utama
                • Jantung, arteri, vena dan kapilari darah                       Organisma multisel
                Fungsi utama
                • Mengangkut makanan tercerna, gas respirasi dan hasil perkumuhan   RAJAH 2.10 Organisasi sel
                                                                                  dalam organisma multisel

                                               SISTEM PENCERNAAN
                Organ utama
                • Mulut, esofagus, perut, hati, pankreas, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur
                Fungsi utama
                • Mencernakan bahan makanan kepada bentuk ringkas yang mudah diserap



                                                 SISTEM URINARI
                Organ utama
                • Ginjal, ureter, uretra, pundi kencing
                Fungsi utama
                • Menyingkirkan hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik daripada badan


                                                 SISTEM RANGKA

                Organ utama
                • Tulang, rawan, ligamen dan tendon
                Fungsi utama
                • Menyokong badan dan melindungi organ dalaman serta menjadi asas pautan otot



                                                SISTEM INTEGUMEN
                Organ utama
                • Kulit
                Fungsi utama
                • Melindungi badan daripada kecederaan fizikal, jangkitan dan penyahhidratan



             2.4.1  2.4.2  2.4.3                                                                39
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46