Page 4 - BUKU PENGURUSAN SK KILIMU 2021
P. 4
1.0 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
1.1 SEJARAH SEKOLAH
LATAR BELAKANG:
SK Kilimu dibuka pada 27 April 1997 sebagai cawangan SK Pekan Ranau. Balai raya Kampung Kilimu dijadikan kelas
untuk menempatkan 3 buah kelas tahap satu. Pada tahun 1999 sebuah bangunan kilat dibina untuk menampung
jumlah murid yang semakin bertambah. En. James Saihing memangku tugas sebagai Guru Besar sehinggalah Guru
Besar yang pertama ditempatkan di sekolah ini iaitu En. Azmin Saidin. Sehingga tahun 2017 seramai enam orang Guru
Besar telah mentadbir sekolah ini iaitu:
1. En. Azmin Saidin (1998-2000)
2. Pn. Noraisah Suratman (2000-2005)
3. En. Saily Masri (2006-2014)
4. Pn. Siti Dayang Suhaimin (2014-2015)
5. Pn. Nyuk Lai (Jan 2016-Mei 2016)
6. Pn. Halidah @Julaidah Arifin (Jun 2016- 2020)
7. En. Sabin@Sahibin Bin Medi (2020 – Sekarang)
SK. Kilimu telah dicalonkan untuk Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Luar bandar Peringkat Kebangsaan pada
tahun 2008 dan diiktiraf sebagai sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2015
dengan Bahasa Melayu sebagai kebitaraan akademik dan Bola Baling sebagai kebitaraan Kokurikulum.
1.2 PROFIL SEKOLAH
Kod Sekolah : XBA5466
Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN KILIMU
No. Pendaftaran Sekolah: XBA4566 Gred : B
Sesi : Pagi Sahaja
Jenis Sekolah : SK Jenis Bantuan : Sekolah Kerajaan
Peringkat Sekolah : Prasekolah dan Rendah
Status Sekolah : Beroperasi Lokasi Pendaftaran :Luar Bandar
Jenis Murid : Lelaki dan Perempuan Lokasi Semasa :Luar Bandar
Sejarah Tubuh : Tidak berkaitan No. PTj :
Bahasa Penghantar : Bahasa Melayu Tarikh Tubuh : 01/01/1998
Status Bangunan : Bangunan sendiri
Sekolah Tumpang : Tidak Berkaitan
Bil. Optimum Pelajar : 1050
Jenis Asrama : Tiada Asrama
Keluasan Sekolah : 7.00 Ekar (2.83 Hektar)

