Page 9 - JOHOR BERSIH 100 HARI BP HEBAT!
P. 9
MAJLIS PELANCARAN
JOHOR BERSIH
PERINGKAT MUKIM DAERAH
BATU PAHAT
17 Julai 2022 | Kompleks Penghulu Mukim Peserai
Daerah Batu Pahat menampilkan kelainan tersendiri
dengan memperluaskan kempen Johor Bersih 100
Hari ke mukim-mukim dan kampung-kampung di
seluruh daerah atas inisiatif Haji Nasri bin Md Ali
(Pegawai Daerah Batu Pahat) bagi menyahut seruan
kerajaan menjadikan negeri Johor paling bersih di
Malaysia.
Majlis pelancaran bagi peringkat mukim telah
disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd
Fared bin Mohd Khaled, Pengerusi Jawatankuasa Hal
Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap EXCO
Angkat Daerah Batu Pahat.
32 jabatan kerajaan yang telah terpilih menjadi
Jabatan Angkat di setiap 16 mukim bagi menjayakan
program ini.
Turut hadir, Encik Abdul Azim bin Shamsuddin,
Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat, Encik Ezahar
bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran
Batu Pahat, Tuan Haji Nur Faiz bin Jamil, Yang
Dipertua Majlis Daerah Yong Peng, ketua-ketua
jabatan daerah, penghulu-penghulu dan ketua-ketua
kampung.
8

